Sunday, 11 November 2012

Kaedah Pengecaman Melalui Teknologi Biometrik

Aplikasi Teknologi Biometrik:

a) Pengimbas Cap Jari
  • Menggunakan imej optik untuk mengenal pasti identiti.
  • Imbasan cap jari dibandingkan dengan templat cap jari yang disimpan di dalam sistem.


b) Pengesanan Muka
  • Menggunakan imbasan imej muka iaitu reka bentuk muka sebagai pengesahan identiti seperti kedudukan mata, hidung, dagu dan mulut.
  • Data dianalisis dalam sistem dan dibandingkan dengan templat muka di dalam pangkalan data.


c) Pengimbasan Geometri Tangan
  • Mengambil kira panjang, tebal, struktur tulang, lengkungan dan jarak antara sendi tangan
  • Pemadanan antara imej yang dibaca dengan imej yang telah didaftarkan dilaksanakan.


d) Suara
  • Perisian pengenalpastian suara akan merekodkan cara percakapan serta frekuensi setiap perkataan.
  • Data suara dianalisis dan dipadankan dengan template yang telah sedia ada dalam pangkalan data



e) Pengimbas Iris Mata
  • Alat pengimbas mengambil foto mata yang beresolusi tinggi dan merekodkan data tersebut.
  • Data dibandingkan dengan ciri - ciri dan bentuk anak mata yang telah direkodkan dalam sistem.
  • Mempunyai ketepatan yang sangat tinggi.

0 comments:

Post a Comment